klik

Blogger news

Rabu, 23 Februari 2011

Rahsia di Sebalik Bilangan Kuntuman Bunga Ros


Selalu kita lihat, bunga dapat menunjukkan betapa romantiknya seorang lelaki kepada wanita. Dia amat suka dengan bunga yang diberikan. Even bunga itu akan layu, tetapi perasaan dan pengalaman menerima bunga dari seorang yang tersayang memang tidak dapat dilupakan.

Namun begitu, bilangan kuntuman bunga turut mempunyai makna disebaliknya. Ada rahsia kenapa seseorang itu memberikan bunga sekian-sekian kuntum. Ada yang bagi banyak kuntuman bunga dan ada juga yang bagi satu sahaja.

Berikut merupakan rahsia di sebalik bilangan kuntuman bunga ros yang dipetik dari Love Fate Destiny.

Selasa, 15 Februari 2011

Orang Bahagia


Orang yang bahagia itu akan selalu

menyediakan waktu untuk membaca

kerana membaca itu sumber hikmah

menyediakan waktu tertawa

kerana tertawa itu muziknya jiwa,

menyediakan waktu untuk berfikir

kerana berfikir itu pokok kemajuan,

menyediakan waktu untuk beramal

kerana beramal itu pangkal kejayaan,

menyediakan waktu untuk bersenda

kerana bersenda itu akan membuat muda selalu

dan menyediakan waktu beribadat

kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Khamis, 10 Februari 2011

Isteriku Liza...

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...