klik

Blogger news

Rabu, 28 Disember 2011

KELEBIHAN LELAKI KETIKA BERBELANJA



TREND - gaya dan trend lelaki tidak rancak berubah seperti wanita. Rak-rak baju yang mempunyai jenama atau tak, tak banyak pun beza dari segi cutting, material ataupun corak. Lelaki ni tak yah terikat dengan trend semasa sebab tak ketara pun beza. Kalau korang semua tengok dari 1 musim ke 1 musim sama je.

TIDAK PERLU BANYAK - pakaian lelaki senang disuai padankan. Lelaki ni takde masalah nak guna kasut yang sama berulang kali. Kasut gi ofis tu kadang diorang ni boleh guna untuk majlis koktel or annual dinner. Lelaki mungkin memerlukan 3 jenis kasut je, kasut gi ofis, kasut kasual dan kasut sukan. Silap2 sport shoes tu pun diorang bawak gi bersantai. Tapi sekarang kan ada CROCS ( sila ketepikan isu CROCS yang aku rasa sengaja org timbulkan isu ni )

SENANG NAK CARI - kebaikannya apabila tidak banyak butik yang jual barangan lelaki, dan ini menyebabkan kaum lelaki tak payah la nak gi survey2 mcm perempuan. Diorang jugak tak yah nak pening kepala sebab pilihan diorang ni sangat terhad dan boleh dikatakan sama je kat setiap butik. Diorang ni jugak tak cerewet semasa shopping

KEKURANGAN

MAHAL - sebenarnya ramai perempuan tak tau yang barangan lelaki lebih mahal dari barangan perempuan. Mereka hanya akan sedar bila dah kawin. Walaupun menggunakan material yang sama, potongan yang sama, pakaian lelaki lebih mahal dari pakaian lelaki. Korang tak caya cuba korg tgk masa korang tempah baju melayu dengan baju kurung. Selain itu, penjagaan diri untuk kaum lelaki jugak lebih mahal jika nak dibandingkan dengan kaum perempuan punya.

PILIHAN TERHAD - rangkaian pilihan pakaian lelaki sgt terhad dan semeriah wanita. Sebab tu kamu perempuan, kalau korang keluar cuba toleh kiri kanan, sama je gaya diorang ni. Cuma gaya pembawakan kemas dan tak je beza.

TIDAK MENARIK - ramai lelaki kurang gemar nak membeli barangan seperti pakaian tu semua sebab mereka merasakan barangan lelaki kurang manarik. Ini menyebabkan mereka lebih suka membeli gajet2 seperti handphone, games dan paling ketara KERETA.


KELEBIHAN PEREMPUAN

MURAH - seronoknya jadi perempuan sebab kami ni boleh pilih apa jua rekaan dari murah ke mahal. Misalnya kat Sungei Wang, pelbagai rekaan terkini yang harga sgt berpatutan dan jangan terkejut kalau ada yang harga serendah RM10.

PELBAGAI PILIHAN - setiap butik mempunyai rekaan yang berbeza. Jauh berbeza dengan lelaki. Ini membuatkan perempuan lebih banyak pilihan yang menepati kehendak mereka.

SENANG DAPAT - pakaian perempuan bukan saja pelbagai tetapi juga senang didapat. Dari kedai ke butik hinggalah internet. Banyak website yang jual pakaian perempuan yang trendy dan murah.

KEKURANGAN

PERUBAHAN TREND - perubahan gaya dan musim barangan perempuan ni sgt pantas pergerakannya. Kepada mereka yang gila bergaya, terpaksa la keluar lebih untuk berbelanja. Mujur la barangan perempuan ni murah-murah. Kalau tak memang parah.

BANYAK PERSALINAN - tak macam lelaki, perempuan tak boleh pakai pakaian yang sama berulang kali. Lebih - lebih lagi kalau perempuan tu selalu diundang ke majlis2 formal dan tidak formal. Pasti ramai yang menegur. Tu la dilema perempuan. Kalau tak nak beli yang baru kena la bijak menyesuai padankan supaya orang tak perasan.

PAKAI YANG SAMA - keburukan apabila banyak sangat barangan yang murah dan banyak kedai yang menjualnya. Maka banyak la barangan yang sama. Jangan terkejut nanti korang jalan sebelah yang sebijik baju dia sama ngan korang. Beza pun cuma colour je kan. Kalau tak percaya lagi korang gi la Sungei Wang.

Tak kira la apa pun perbezaan antara belanja kaum lelaki dan perempuan, korang semua haruslah bijak berbelanja. Jangan la sampai membazir sebab membazir ni kawan dia syaitan je. Ni yang budak-budak yang senang lenang je mintak duit mak ayah kakak abang korang ni. Ingat senang ke nak cari duit. Pikir-pikir la yea.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...