Pernahkah pasangan anda tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap
dengan anda?
Apabila anda tanya adakah si dia sedang mempunyai masalah, si dia akan
cepat mengatakan tidak dan terus mendiamkan diri. Dan yang membuatkan anda
risau, si dia langsung tidak mahu angkat call atau membalas SMS anda.
Saya percaya ramai wanita di luar sana tidak faham kenapa lelaki bersikap
sedemikian. Tiba-tiba si dia boleh berubah dan mendiamkan diri tidak mahu
bercakap dengan anda. Pelik bukan?
Kerana itu sikap
seorang lelaki
Tetapi, itulah sikap seorang lelaki. Apabila mereka menghadapi masalah,
mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu. Mereka akan mengambil masa
untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Mereka akan selidik cara-cara yang terbaik supaya masalah tersebut dapat
diselesaikan dengan sempurna.
Apabila mereka menyendiri, mereka tidak suka diganggu. Jadi apabila
anda keep on asking the same question, mereka akan rasa rimas dan
tertekan. Ini membuatkan mereka semakin menjauhkan diri daripada anda.
Anda perlu ingat, cara yang diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan
masalah adalah berbeza dengan cara yang diambil oleh wanita. Lelaki akan
lebih mendiamkan diri ketika menghadapi masalah.
Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan masalah dengan bercerita
masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila mereka melihat si dia sedang
menghadapi masalah, mereka akan cuba memaksa pasangan mereka untuk berkongsikan
masalah tersebut (seperti wanita). Ini adalah berbeza sama sekali dengan sikap
seorang lelaki kerana lelaki tidak menyelesaikan masalah dengan cara sebegitu.
Apa yang perlu anda
lakukan?
Sekiranya anda merasakan si dia sedang kusut, menyendiri, dan menghadapi
masalah, tanyalah adakah si dia memerlukan masa untuk menyendiri buat seketika.
Jika si dia mengatakan ya, maka berikanlah si dia masa seperti yang diminta.
Tetapi jika si dia menggelengkan kepala, anda berikan juga masa tersebut
kepadanya buat sementara (kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi).
Berikan si dia masa untuk sendirian. Jangan ganggu hidupnya sehingga si dia
dapat menyelesaikan masalah tersebut. Lagi kurang anda mengganggunya, lagi
cepat masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan lagi cepat juga anda dapat
kembali bersama dengannya semula.
Mudah-mudahan dengan artikel ini
dapatlah anda memahami kenapa lelaki akan suka mendiamkan diri apabila mereka
menghadapi masalah. Janganlah salahkan mereka kerana itu memang sikap seorang
lelaki. Ingatlah, salah satu tips dalam berpasangan adalah saling
memahami. Fahamilah sikap pasangan anda agar sama-sama dapat membina percintaan
yang bahagia selamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan