Assalamualaikum,Satu
perkongsian yang terbaik yang aku baca.Enjoy,Pelbagai perkara berlaku dalam
kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh
orang lain atau suasana.
Beberapa cara boleh kita
amalkan untuk mengubati hati yang terluka.
Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang
sering dikongsia oleh pakar.
1.
Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat,
tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab
banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang
lalu, betul tak? Kita kena cut
connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk
melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk
fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan
dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus,
tapi lakukan step by
step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain.
Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2
.
Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau
ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah – tanpa anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada
kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu
menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan
latih diri anda mengawal emosi.
3.
Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang
anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang
lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada
kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan
anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga
rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
4.
Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan
hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan
gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda
selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di
masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda
satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik
ketenangan datang pada diri anda.
5.
Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi
biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang.
Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan
rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi; agar anda
boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan
kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come
on…
6. Ubah
Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi
yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah
fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau
seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak
kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di
dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja,
kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala
yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu
fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang
baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat
yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.
7. Hati
Mesti ‘Keras’
Bukan keras sembarangan,
maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan
menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan
dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada
perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga
sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan
kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar.
Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua
orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda
untuk jadi ceria pada keesokan harinya.
Lafazkan dengan nada berbisik.
Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan
pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan
hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari
yang sebelumnya.
S
2 ulasan:
tapi hat ni terlalu degil untuk lupakan semua tu...jadi susah nak ubat hati yang sakit...
ye.. memang.. hati memang degil.. tp sedegil2 hati.. tetap akan cair jika kena cara nya.. buka buku baru.. mula kan hidup baru.. lupakan apa yang telah terjadi.. pengalaman membuat kita lebih dewasa.. lebih matang dalam melakukan segala hal.. jangan mengharap pada kenangan yang telah berlalu.. kerana itu semua akan membuatkan hati semakin berdegil dan terus di sakiti dan di lukai...
Catat Ulasan